Menu:

Pautan Pilihan



Login Ke Portal



Kalendar



Utama

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI UiTM BERHAD KE - 28

Kepada:

Anggota-anggota Koperasi Universiti Teknologi MARA Berhad

Tuan/Puan,

Dengan ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-28 akan diadakan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, pada 19 Jun 2013, (Rabu) jam 8.30 pagi. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

1. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-28 yang diadakan pada 15      Jun 2012.

2. Menerima laporan-laporan Lembaga Koperasi bagi tahun 2012/2013.

3. Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi bagi tahun berakhir 31.12.2012.

4. Menerima laporan dan Pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun- akaun teraudit bagi tempoh berakhir 31.12.2012.

5. Memilih anggota-anggota Lembaga Koperasi mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) 40.

6. Meluluskanperlantikansuatu panel yang tidakkurangdaridua (2) firma audit untukmengauditakaun-akaun.

7.  Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan koperasi.

8.  Menentukan had setinggi - tinggi tanggungan hutang.

9.  Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri dari enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan.

10. Menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan.

11. Mengisytiharkan dan menerbitkan syer-syer bonus.

12. Mendengar, menimbang dan memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi yang satu notis tidak kurang dari tujuh (7) hari telah diberikan.

13. Mendengar dan memutus kan apa-apa aduan yang satu notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari telah diberikan kepada Koperasi Berdaftar yang dikemukakan oleh anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga.


Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang benar,



SHAPIE NANI PPN, PPC, PJK

Setiausaha

Koperasi UiTM Berhad.